KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes telah mengahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe.
Fernandes dilaporkan telah berkahwin di Cote d’Azur, Perancis, bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila perkahwinan tersebut berlangsung.
Gambar perkahwinan Fernandez bersama Chole yang berusia sekitar 20-an telah tersebar di Internet apabila ia dikongsi menerusi media sosial serta di aplikasi WhatsApp.
Difahamkan, pemilik penerbangan syarikat tambang murah negara ini memutuskan untuk mengikat hubungan sebagai pasangan suami isteri selepas dua tahun bercinta dengan Chloe.
Menerusi gambar-gambar yang tersebar, Fernandes kelihatan tersenyum bahagia di samping wanita berkenaan yang bertubuh tinggi lampai di sisinya.
Antara yang dilaporkan hadir pada majlis penuh bermakna itu termasuklah keluarga dan teman rapat serta Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafizah Aziz. – mStar Online
No comments:
Write comments