Tuesday, 17 October 2017

Vape Dalam MRT? Ini Teguran ‘Makan Dalam’ Rapid KL


MESKIPUN larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di kawasan awam telah dikuatkuasakan sejak 2016, namun ia nyata tidak dipedulikan oleh segelintir masyarakat di negara ini.

Terbaharu di laman sosial, aksi seorang lelaki yang dirakam selamba menghisap vape ketika menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) telah mencetuskan kritikan dalam kalangan netizen.

Gambar individu terbabit yang dipercayai dirakam seorang penumpang, menunjukkan kebiadapannya menghembuskan asap tanpa mengendangkah keselesaan orang ramai di dalam gerabak.

Memandang serius perkara ini, pihak Rapid KL menerusi laman Facebook turut berkongsikan gambar lelaki berkenaan dengan disuting seoalah ingin meraikan majlis hari jadi.


‘Menariknya’, Rapid KL secara sarkastik mengucapkan tahniah kepada individu berkenaan kerana menunjukkan contoh tidak baik kepada pengguna-pengguna awam.

“Happy birthday, bang! Tapi sorry, memang takley nak blow candle sampai padam walaupun abam mungkin pakai Nemesis by Atmomixani.

“Jadi, terimalah hadiah tak seberapa dari kami di Rapid KL, detik-detik kemeriahan sambutan hari jadi di dalam MRT.

“Kami cegah bersebab, keselamatan pengguna adalah paling penting. Kedua, keselesaan orang ramai. Abang ni terpaksa celebrate birthday (sambut hari lahir) dengan abam-abam Polis Bantuan kami dulu la nampaknya,” demikian tulis Rapid KL.

Ruangan komen posting berkenaan turut dipenuhi pelbagai makian netizen yang rata-ratanya mengentam teruk tindakan penumpang berkenaan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Saiful Zul berkata: “Aduh, pentingkan diri sendirinya. Kalau tak tahan sangat nak vape, vape dulu jangan naik (pengangkutan awam).

“Entah apa-apa perangai, dan terang-terang tempat tu dilarang merokok. Pandai tengok telefon bimbit, tapi tak pandai membaca papan tanda arahan,” tulis Ct Zaleha Zaini.

Segelintir netizen juga mencadangkan supaya kerajaan menggenakan hukuman lebih berat kepada mana-mana individu atau pembekal perkhidmatan yang tidak mematuhi arahan merokok di tempat awam dan dalam pengangkutan awam. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments