SEREMBAN – Aksi dua remaja perempuan yang dirakam ‘bersantai’ di atas bumbung sebuah kompleks beli-belah di bandar ini mencetuskan kekecohan di media sosial.
Rakaman video berdurasi 26 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook itu memaparkan aksi kedua-dua remaja terbabit memanjat bumbung pusat beli belah Kemayan Square, Seremban, tanpa sebarang peralatan keselamatan.
Tidak setakat memanjat, malah mengambil gambar secara swafoto di bahagian hujung bumbung yang tidak berpagar.
Tindakan mereka itu dirakam individu lain yang melahirkan rasa bimbang dan menyifatkan aksi dilakukan dua remaja terbabit sebagai berbahaya dan mengundang maut.
Sementara itu lapor BH Online, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata pihaknya masih belum menerima laporan berkaitan tindakan kedua-dua remaja itu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments