Monday, 16 October 2017

Bapa Gembira Anak Perempuannya Mati


SEORANG penagih dadah yang membunuh anak lelakinya yang berusia 23 bulan dengan memberikan dadah kepada kanak-kanak berkenaan pada 2013, akhirnya maut akibat pengambilan dadah berlebihan.

Kelly Emery, telah memberikan dadah kepada anaknya, Fenton Hogan untuk menidurkan kanak-kanak berkenaan bagi membolehkan dia menghisap dadah dengan `aman’ di rumah tanpa gangguan.


Meskipun Kelly yang berasal dari Birmingham menafikannya, namun mahkamah mendapati dia bersalah dan dihukum penjara enam tahun. Kelly bagaimanapun hanya menjalani hukuman penjara selama tiga tahun sahaja.

Ketika disabit dengan kesalahan itu pada 2015, Kelly berusia 34 tahun. Namun semalam dia ditemui mati di sebuah hostel selepas dibebaskan dari penjara.

Kematian Kelly itu bagaimanapun tidak diratapi keluarganya malah bapanya Michael berkata Kelly telah memusnahkan hidupnya dan dia gembira kerana wanita itu telah mati.

“Kami gembira semuanya telah berlalu. Dia membunuh cucu saya jadi saya tidak akan menangis.

“Saya tidak sedih. Saya gembira. Dia ke neraka,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments