Tuesday, 31 October 2017

2 Keping Gambar Berjaya Popularkan Anok


HANYA dua keping gambar dan ia berjaya mempopularkan seorang pelajar universiti, Anok Yai yang baru berusia berusia 19 tahun.

Dia yang membesar di Manchester, ini, bakal menjadi model iaitu impiannya sejak kecil.

Gambar Anok dirakamkan oleh seorang jurugambar untuk akaun Instagram jurugambar berkenaan, theSUNK pada minggu lepas ketika dia menghadiri festival popular di Universiti Howard.

Foto itu kemudiannya menjadi tular dan mendapat lebih 11,000 tanda suka. Keadaan ini mengejutkan Anok.


“Telefon saya tidak berhenti berbunyi. Pada mulanya saya sangka ada orang yang cuba mempermainkan saya dan akhirnya barulah saya tahu gambar saya menjadi tular,’’ katanya.

Anok kini mendapat lamaran daripada tiga agensi modeling. Dia merupakan pelajar biokimia dan berpindah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat dari Mesir pada 2000.

Anok memang meminati bidang fesyen. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments