Wednesday, 4 October 2017

Keluarga Pelakon Nekad Buru Pembunuh Anak


PELAKON Bollywood, Jiah Khan telah meninggal dunia pada 2013. Kini keluarganya berikrar untuk mendapatkan pembelaan selepas kematiannya dirumuskan sebagai bunuh diri oleh pihak berkuasa meskipun bukti yang ada menunjukkan dia dibunuh.

Mayat Jiah, ditemui oleh ibunya, Rabbiya di dalam apartmen mereka di India. Tiada nota bunuh diri ditemui menyebabkan keluarganya berasa curiga.

“Kami tahu dia tidak akan mampu melakukannya. Pada mulanya memang kami percaya kepada polis tetapi kami menemui perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,’’ kata adiknya, Kavita yang menetap di London.

Keluarga Jiah berulang kali menuding jari kepada teman lelakinya. Sooraj Pancholi, iaitu anak kepada pelakon Aditya Pancholi.


Namun Sooraj telah dibersihkan daripada sebarang pembabitan dalam kematian Jiah. Selepas namanya bersih, Sooraj telah menyaman keluarga Jiah bernilai puluhan juta ringgit.

“Semua bukti yang ada mencadangkan bahawa Jiah dibunuh dan mereka menggantungnya untuk menjadikan ia sebagai kes bunuh diri.

“Kami tidak akan berhenti sehingga kebenaran didedahkan,’’ kata ibunya, Rabbiya.

Jiah dilahirkan di New York dan berpindah ke London bersama ibunya ketika berusia dua tahun selepas ibu dan bapanya berpisah.

Pada usia 17 tahun, Jiah telah ditawarkan berlakon dalam drama Lee Strasberg Film Institute di New York dan pada usia 18 tahun dia telah `dilamar’ oleh pengarah Bollywood untuk berlakon.

Tidak lama kemudian Jiah memutuskan untuk menetap di India dan bertemu dengan Sooraj. Namun hubungan mereka sering berantakan kerana Sooraj memukulnya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments