SEORANG lelaki ‘psiko’ yang telah membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan memuatnaik video pembunuhan itu dalam internet, bangga dengan apa yang dilakukannya.
Perkara itu didedahkan oleh kakak kepada pembunuh berkenaan di mahkamah di Jerman.
Marcel Hesse, 19, kini dibicarakan atas tuduhan membunuh jirannya Jaden, di North Rhine-Westphalia.
Dia juga dipercayai membunuh seorang lagi mangsa, Christopher w, 22 tahun. Marcel ditangkap selepas polis melancarkan operasi memburunya.
Kakaknya, Sandy,22, telah memberikan keterangan terhadap adiknya sendiri.
“Saya pernah melawatnya di penjara tetapi kami tidak dibenarkan bercakap mengenai topic berkenaan. Tetapi saya tetap bertanya juga kepadanya, kau menyesal tak?
“Dia menjawab tidak. Dia juga menjerit aku bangga,’’ kata kakaknya.
Sandy juga memberitahu, dia mempunyai hubungan yang normal dengan adiknya itu sehinggalah dia masuk ke sekolah menengah. Ketika itu, Marcel berperangai pelik dan hanya mempunyai beberapa orang kawan sahaja di sekolah.
Ketika di bangku sekolah rendah, Marcel seorang yang ganas dan telah menyerang seorang guru dengan gunting dan mengejar abang mereka dengan pisau di sekeliling rumah. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments