Thursday, 1 June 2017

Wanita `Ahli Sihir’ Rawat Penyakit Pakai Pedang


NGERI….seorang wanita yang dianggap sebagai `ahli sihir’ didakwa mampu menyembuhkan penyakit hanya dengan menggunakan pedang sahaja.

Wanita itu, Phuleshwari Devi, 45, dari Koriya, India, mendakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan meletakkan pedang terbabit di tempat yang mengalami kesakitan.

Dia dikatakan telah menjalankan perubatan tersebut sejak 25 tahun lalu.

Antara penyakit yang dirawatnya ialah penyakit mata di mana Phuleshwari memasukkan pedang ke dalam kelopak mata. Dia juga merawat sakit belakang, lutut, patah dan lenguh badan.

Dia menjalankan rawatan itu setiap hari Isnin dan Selasa dengan kebanyakan pesakitnya datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun rawatan yang dijalankan oleh Phuleshwari itu ditentang oleh jawatankuasa kampung.

“Kami tidak tahu tentang perkara ini tetapi kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu. Terdapat ahli sihir dan benda khurafat di kawasan ini. Ia tidak boleh berterusan dan tindakan perlu diambil,’’ kata salah seorang ahlinya, Panchayat. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments