Thursday, 4 May 2017

Seret, Tarik Rambut Pelajar, Guru Digantung Kerja


KEJADIAN buli di kalangan pelajar bukanlah satu perkara baharu, namun satu kejadian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Dongguan, China ini menggemparkan penduduk di sana baru-baru ini kerana si pembuli adalah terdiri daripada tenaga pengajar sendiri.

Ini kerana gara-gara perlakuan tidak bertamadun seorang guru wanita yang tergamak mengheret dan menarik rambut seorang pelajar perempuan di jalan.

Perbuatan guru itu berjaya dirakam seorang saksi sekali gus menyebabkannya kini digantung kerja sementara siasatan mengenai kes itu dijalankan pihak berkuasa.

Menurut saksi, ketika insiden itu berlaku, guru tersebut mengaku dia adalah ibu kepada pelajar malang itu dan memarahi saksi supaya jangan masuk campur urusannya dalam mendidik ‘anaknya.

Enggan membiarkan pelajar itu terus dianiaya, saksi kemudiannya terus melaporkan perkara itu kepada pengetua sekolah sebelum tindakan diambil terhadap cikgu ‘kuku besi’ terbabit. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments