SEBUAH pesawat Boeing yang dikendalikan syarikat domestik Sriwijaya Air terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Bandaraya Rendani, Manokwari, Wilayah Papua, pagi tadi.
Kompas.com melaporkan jurucakap Kementerian Pengangkutan, J. Adravida Barata berkata, pesawat Indonesia yang membawa 146 penumpang terbabas dari landasan basah di lapangan terbang tersebut kira-kira jam 8.51 pagi (waktu tempatan).
Pegawai perhubungan PT Sriwijaya Air Group, Agus Soedjono berkata, pesawat tergelincir ketika melakukan pendaratan susulan hujan lebat dan landasan licin.
Menurutnya, juruterbang menjalankan tugas dengan baik bagi memastikan semua penumpang dikeluarkan dengan selamat.
Jelasnya, landasan kapal terbang ditutup sementara waktu sehingga usaha membawa keluar semua mangsa selesai.
Febuari lalu, pesawat Sriwijaya yang membawa 192 penumpang dari China ke Bali terpaksa berpatah balik selepas kru menyedari satu daripada pintunya tidak ditutup dengan sempurna.
Bulan sama, pesawat penumpang syarikat kebangsaan, Garuda terbabas ketika mendarat di lapangan terbang di Yogjakarta dalam hujan lebat. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments