Monday, 29 May 2017

Bayi Dibuang Tepi Pantai Kini Kritikal


KEJAMMNYA…seorang bayi yang baru lahir kini sakit tenat selepas ditemui di dalam plastik beg di tepi pandai di Laguna, Pulau Luzon di Filipina.

Bayi berkenaan yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui selepas penduduk berhampiran mendengar tangisannya. Dia dipercayai baru dilahirkan.

Dia yang dijumpai dalam keadaan memakai lampin itu telah dikejarkan oleh penduduk ke hospital. Pemeriksaan doktor mendapati bayi lelaki itu mengalami jangkitan kencing dan telah diberikan rawatan kecemasan.

Pihak berkuasa kini sedang mengesan ibu bapanya bagi mengetahui kenapa dia dibuang di tepi pantai.

Lebih menyedihkan apabila gambar-gambar yang dirakamkan menunjukkan beg plastik di mana bayi itu ditemui, mengandungi darah. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments