Wednesday, 24 May 2017

Jadi Sate Selepas Dibawa ‘Makan Angin’


SEEKOR buaya dibunuh dan dijadikan sate oleh seorang peniaga makanan di Shenyang, China selepas dibawa bersiar-siar di bandar itu, baru-baru ini.

Dailymail.co melaporkan, reptilia sepanjang 1.5 meter itu menarik perhatian orang ramai ketika dibawa bersiar-siar oleh seorang lelaki di sebatang jalan di bandar ini pada Ahad lalu.

Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan haiwan itu ditarik dengan tali dan dibawa bersiar-siar di sepanjang jalan itu.

Orang ramai juga dilihat mengerumuni buaya yang diikat mulutnya untuk bergambar.


Selepas bersiar-siar, lelaki berkenaan kemudian membawa buaya itu ke restoran miliknya dan memberitahu orang ramai bahawa haiwan itu akan dipotong untuk dijadikan sate.

Tidak lama selepas itu, dia meletakkan daging buaya yang dicucuk pada lidi di hadapan restorannya bersama haiwan eksotik lain seperti lipan dan kala jengking.

Media tempatan melaporkan, buaya seberat 13 kilogram itu diternak di sebuah ladang untuk dijadikan makanan.

Tindakan lelaki itu dikecam pengguna media sosial dan aktivis haiwan kerana dianggap sebagai kejam.

Dalam masyarakat Cina, daging buaya dimakan untuk tujuan kesihatan kerana dipercayai mampu merawat penyakit seperti batuk dan lelah.

Crocodile Specialist Group, China dan Hong Kong adalah pengimport utama daging buaya.

Quartz melaporkan, kira-kira 85 peratus buaya yang dieksport dari Afrika akan dihantar ke China, Hong Kong, dan Taiwan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments