Saturday, 27 May 2017

Pelajar Terkedu Jumpa Pengemis Dulunya Pensyarah


APABILA berhadapan dengan pengemis, sudah tentu mereka akan meminta-minta bukan sahaja duit, malah ada juga yang merayu ihsan untuk diberikan makanan.

Ada yang menolak dan ada juga yang membantu tetapi ia mengikut kemahuan masing-masing.

Bagi seorang pelajar kolej dari Filipina bernama Faye Ares, dia memilih untuk makan tengah hari bersama seorang pengemis.

Menerusi perkongsian Faye di Facebook, dia dihampiri seorang lelaki yang disangkanya pengemis di sebuah pusat beli-belah yang mahukan makanan.

Lelaki tersebut dengan sopan berkata, dia tidak meminta wang tetapi mahukan makanan kerana betul-betul lapar.

“Cik jangan marah ya dan maaf menganggu. Saya tak minta duit cuma mahu makan kerana betul-betul lapar,” katanya.

Faye pada awalnya terkejut kerana tidak mengenali lelaki tersebut dan tidak menyangka lelaki itu sangat fasih berbahasa Inggeris.

Oleh kerana kasihan, Faye mangajak lelaki itu menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera dan mula ‘mengorek’ rahsia mengenai lelaki yang berusia 70 tahun itu.

Sebenarnya, lelaki tersebut bernama Jansen Locsin dan merupakan bekas graduan dari Universiti Ateneo Manila dalam bidang ekonomi.

Lebih mengejutkan lagi, lelaki itu pernah menjadi pensyarah di Universiti Filipina dan terlibat dalam bidang perniagaan perdagangan mata wang sebelum jatuh bankrap.

Lelaki itu menjelaskan yang dia ke Cebu, Filipina untuk menjalankan perniagaan tersebut tetapi bisnes tersebut gagal dan tidak mempunyai wang untuk pulang ke rumahnya di Manila semula.

Jansen sempat menasihati Faye untuk belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu itu sangat penting.

Faye sempat memberikan sebotol air dan 100 peso (RM8.50) kepada Jansen selepas mereka selesai makan walaupun pada awalnya dia malu menerimanya.

Status Faye menjadi inspirasi dan tular di media sosial dengan mendapat lebih 3,319 perkongsian dan mendapat pujian netizen.

Menerusi perkongsian Faye ini dapat menjadi pengajaran supaya jangan terlalu cepat menghukum orang lain dengan hanya melihat luaran sahaja kerana kita tidak tahu apa sebenarnya dilalui seseorang itu.

Kadang-kadang orang yang nampak hina itu lebih mulia dan begitu juga sebaliknya.- MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments