KIM Kardashian mungkin mempunyai bentuk tubuh yang dicemburui ramai wanita, namun dia sebenarnya masih manusia biasa yang mempunyai cela.
Ini terbukti apabila gambar bintang realiti dan simbol seks itu dirakamkan semasa bercuti di Mexico, dengan selulit yang jelas menjalar di bahagian punggungnya.
Dek kerana gambar tersebut, Kim yang mempunyai lebih 100 juta pengikut di Instagram serta-merta ‘hilang’ 100,000 pengikut!
Meskipun sering bergambar tanpa seurat benang, namun kali ini para peminatnya benar-benar terkejut dan tak kurang juga yang rasa ‘tertipu’ dengan imej sebenar Kim.
Inilah gambar yang mengundang rasa jijik peminatnya itu:
Malah, ada yang mula mengesyaki bahawa Kim, 36, sebenarnya telah menyunting gambar-gambarnya di media sosial menggunakan Photoshop dan membuat prosedur kosmetik terhadap tubuhnya sejak bertahun-tahun lalu.
Kim berada di Mexico minggu lalu untuk menyambut hari lahir kakaknya, Kourtney bersama rakan-rakan perempuan mereka yang lain.
Seperti biasa, Kim dilihat memperagakan beberapa helai bikini dan pakaian mandi yang seksi apabila gambarnya dirakamkan dengan punggung yang tidak sesempurna seperti yang biasa dilihat di dalam posting sebelum ini.
Gambar tersebut mendatangkan reaksi negatif sesetengah peminatnya sehingga ada yang mengatakan Kim sebagai fake dan,“Tiada satu pun bahagian pada tubuh awak yang asli.”
Emosional juga peminat Kim ni ya! – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments