Sunday, 28 May 2017

Ariana Adakan Konsert Amal Untuk Mangsa Serangan Bom


PENYANYI Ariana Grande mengumumkan dia akan kembali ke Manchester, United Kingdom untuk menjayakan konsert amal yang dirancang bagi membantu mangsa serangan bom Manchester.

Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, konsert itu diadakan bertujuan untuk mengenang mangsa-mangsa tragedi selain mengumpul wang sumbangan untuk mangsa tercedera dan juga kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Perkara tersebut diumumkan penyanyi genit itu menerusi laman sosialnya, “Saya ingin menyatakan penghargaan terima kasih kepada setiap rakan artis yang menunjukkan minat untuk menyertai konsert itu. Saya akan kongsikan maklumat lanjut berkaitan konsert itu dalam masa terdekat ini.”

Dalam nota itu juga, Ariana juga memuji kesemua peminatnya yang digelar, ‘Arianators’ kerana sama-sama memberikan kata-kata positif terhadap satu sama lain di media sosial masing-masing.

“Kasih sayang, kekuatan dan kesatuan yang anda semua tunjukkan adalah sesuatu yang sangat bagus, berlawanan sekali dengan apa yang jadi pada malam Isnin lalu,” tulisnya.

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on

Dalam serangan bom itu, 22 mangsa maut manakala lebih 60 orang cedera. Serangan yang didalangi Salman Abedi itu dilakukan di pintu masuk Manchester Arena sebaik berakhirnya konsert Ariana pada malam Isnin lalu (22 Mei).

Sementara itu, Ariana tidak memaklumkan bila dia bakal kembali dengan konsert jelajah Dangerous Woman yang telah dibatalkan pihak pengurusannya sebaik serangan berlaku. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments