PEMBANTU rumah kepada Putera William dan Kate Middleton telah meletak jawatan meskipun mendapat gaji RM190,000 setahun disebabkan tuntutan kerja yang bertambah sehinggakan dia dilaporkan tidak dapat menjalani kehidupan normal di luar waktu kerja.
Sadie Rice sebelum ini bertugas memasak, membersih dan membeli barang untuk Duke dan Duchess of Cambridge itu serta anak-anak mereka iaitu George dan Charlotte.
Sadie dilaporkan telah membuat keputusan nekad dan tiada apa yang dapat menukar fikirannya ketika ini.
Pasangan diraja itu juga kini banyak menghabiskan masa di Kensington Palace selepas memutuskan untuk menghantar Putera George ke Thomas School di Battersea, di selatan London.
George akan memulakan pengajian di situ pada bulan September ini.
“Sadie adalah seorang pekerja yang rajin namun tuntutan kerja itu semakin banyak. Mereka (pasangan diraja) mahu menghabiskan banyak masa di Kensington Palace dan mahu Sadie juga menghabiskan banyak masa di situ.
“Dia tidak dapat menjalani kehidupan normal di luar waktu kerja dan Sadie telah menghantar notis berhenti. Ia merupakan satu kerugian,” lapor The Sun. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments