Wednesday, 31 May 2017

Pasrah….IKEA Dah Jadi Macam Rumah Sendiri


DAH jadi seperti rumah sendiri. Itu yang dialami oleh IKEA di Nantong, China apabila ia terpaksa berdepan dengan pelanggan yang menjadikan pusat beli-belah mereka seperti rumah sendiri apabila ada yang menjadikan perabot di situ sebagai tempat melepak.

Tanpa ada rasa bersalah, pelanggan dengan selamba tidur di atas katil. Bukan sahaja ibu bapa, anak-anak turut serta. Dengan cuaca di Nantong mencecah 32 darjah selsius, pelanggan mengambil kesempatan untuk berehat di dalam IKEA.




IKEA membuka pusatnya yang pertama di China pada 1999 dan ia kini mempunyai tiga cawangan di negara itu.

Pada Julai 2015, IKEA di China terpaksa mengharamkan pelanggan yang suka tidur itu apabila terdapat aduan daripada pelanggan lain bahawa mereka tidak dapat melihat sampel perabot disebabkan ada yang tidur di situ.

Namun disebalik pengharaman itu, orang ramai yang berada di situ tetap menjadikan ia sebagai tempat utama untuk melelapkan mata. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments