SEORANG ibu kepada empat anak menjadi bahan `troll’ di media sosial selepas dia dengan bangga menyatakan wajahnya yang kelihatan awet muda itu mengakibatkan dia sukar mencari teman lelaki.
Kenyataan bangga diri itu dibuat oleh Dawn Cousin, yang berusia 44 tahun itu dalam rancangan This Morning.
Dawn, merupakan seorang penyambut tetamu berasal dari London. Dia dengan bangga memberitahu ramai yang melihatnya lebih muda, separuh daripada usia sebenarnya itu.
Namun penyampai rancangan itu, Holly Willoughby tidak setuju dan berkata, mungkin Dawn perlu mengurangkan sikit lagaknya itu untuk membolehkannya mencari teman.
Manakala seorang lagi penyampai, Phillip Schofield pula berkata, keyakinan tinggi itu menyebabkan Dawn dilihat sebagai tidak menarik oleh lelaki dan disebabkan itulah dia masih keseorangan.
Namun Dawn memberitahu dia tidak akan menghabiskan hidupnya dengan mana-mana lelaki yang lintas di depannya sebaliknya dia akan menghabiskan seluruh usia untuk mencari lelaki yang sesuai.
“Ya, nombor satu ialah saya adalah wanita yang amat menarik, kedua, saya kelihatan sangat muda, ketiga, saya seorang yang menyeronokkan dan saya bukan jenis seorang ibu tipikal kepada empat anak semata-mata,’’ katanya.
Dia juga memberitahu telah berpisah dengan teman lelakinya sejak 2003. Dawn adalah ibu kepada empat anak berusia antara 17 hingga 22 tahun.
Malangnya keyakinan Dawn itu menyebabkan dia dikecam dengan hebat dalam media sosial. Ada yang menganggapnya sebagai gila dan diminta cermin diri sendiri sebelum menyatakan dirinya cantik. – Mynewshub.cc
No comments:
Write comments