NEW DELHI – Tiga pelajar lelaki maut akibat dirempuh, ketika asyik berswafoto di sebuah landasan kereta api laju di bandar Bidadi di Karnataka selatan India pada Selasa, menurut polis, lapor agensi berita China Xinhua.
Polis berkata, pihaknya sedang menyiasat bagaimana remaja berkenaan boleh mengabaikan kehadiran kereta api laju berkenaan.
Bulan lepas seorang pelajar berusia 17 tahun di negeri itu lemas sementara rakan-rakannya leka berswafoto di dalam kolam berkenaan.
Kegilaan berswafoto telah meragut banyak nyawa di India.
Pada tahun lepas, akibat peningkatan jumlah kematian lantaran kegilaan berswafoto di beberapa destinasi pelancongan, kerajaan persekutuan India mengeluarkan arahan kepada negeri-negeri untuk memastikan keselamatan kawasan pelancongan.
Susulan itu, pihak berkuasa mengisytiharkan 16 zon di sekitar ibu kota Mumbai, India sebagai kawasan larangan berswafoto. – BERNAMA
No comments:
Write comments