SEORANG ibu muda menjadi terkenal selepas gambar mugshotnya yang kelihatan menyeramkan telah tersebar di media sosial.
Morgan Joyce Varn, 24, telah ditangkap atas tuduhan merompak, menculik dan merosakkan harta benda oleh polis di South Carolina.
Bagaimanapun bukan kesalahannya yang menarik perhatian sebaliknya wajahnya yang bertatu dan matanya yang dicacah hitam kelihatan menakutkan.
Gambar yang dimuatnaik oleh polis itu telah mendapat respon yang meluas di dalam media sosial hinggakan satu laman web media menyifatkan gambar berkenaan akan menghantui mereka yang melihatnya.
Polis sememangnya mengenali Morgan kerana mereka pernah membantunya melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan sebagai Nala pada 2015.
Ketika itu, air ketubannya telah pecah dan hendak bersalin sebelum sempat dibawa ke hospital. Nasib baik ada timbalan sheriff, John Stagner dan pegawainya Blake Haynes yang membantunya
Namun minggu lepas, Morgan dan seorang lagi, Jonathan Mikael Robinson, 23, didakwa merompak wang seorang lelaki. Kedua-duanya ditahan di lokap tanpa ikat jamin. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments