Wednesday, 10 May 2017

Video: Seram… Kelibat Hantu Dirakam Di Bukit Tunku


PENGALAMAN seram sejuk berjumpa dengan hantu memang menyeramkan, apatah lagi jika kisah tersebut dilalui secara bersendirian tanpa berteman.

Begitulah nasib seorang pengguna Facebook yang baru-baru ini terserempak dengan satu kelibat lembaga manusia dipercayai hantu ketika sedang memandu pada waktu malam.

Menurut mangsa, Aswan Yap, dia sedang memandu sambil ditemani seorang rakannya terserempak ‘makhluk’ itu sewaktu melalui kawasan di antara Taman Tasik Perdana dan Bukit Tunku sekitar 9.30 malam.

“Okay ini agak menyeramkan, ini agak menyeramkan,” ujar rakannya menerusi rakaman video daschcam.

Terkejut dengan lembaga berkenaan, dia segera mengundur kenderaanya untuk beredar namun apa yang lebih memeranjatkan, lampu indikator pada ruang papan pemuka keretanya pula menyala secara tiba-tiba.


Ini menyebabkan mereka segera beredar secepat mungkin ke jalan besar kerana risau sama ada benda itu adalah betul-betul hantu atau hanya cubaan untuk merompak.

Rakaman berdurasi tiga minit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengatakan ia sememangnya hantu sebenar namun ada juga yang beranggapan ia merupakan cubaan merompak ataupun prank.

“Kenapa ‘objek’ tu tunggu di tengah jalan & bawah cahaya lampu jalan? Sebab dia nak mudah dilihat dan tak nak dilanggar ke?” soal Galvin Tan.

“Bukit Tunku ni memang keras. Dulu saya dengan rakan pernah overnight dekat situ sebab nak cari port pemandangan menarik KL, tapi sekali boleh sesat kat tempat lain pulak.

“So kalau ini prank, camne lak kereta tu boleh kuar bunyi notification tetiba tengahdrive? Radio kereta tu pun siap tulis “SD card error reading” tetiba, korang tengok kat ruang komen balik” kata Leroy Constantine Choong.

Apakah pendapat anda mengenai video ini, adakah ianya benar-benar merupakan satu entiti yang menyeramkan atau ia sekadar prank dari manusia sakit mental? –MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments