SEORANG lelaki ditahan polis selepas dipercayai menyamar sebagai wanita di Facebook untuk memperdayakan lelaki lain sehingga mereka mengalami kerugian RM7,000 hingga RM16,000.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Manna Melynna memuat naik status menunjukkan hasil siasatannya terhadap suspek terbabit.
Menurutnya, kejadian bermula apabila salah seorang mangsa bertanyakan mengenai suspek yang mengakui mereka adalah rakan perniagaan.
“Saya jadi pelik sebab saya memang tak pernah jumpa suspek, sebab itu saya siasat sampai ke lubang cacing, nama saya jadi busuk sebab suspek ni,” tulisnya.
Hasil siasatannya mendapati, suspek yang berusia 23 tahun itu berasal dari Kampung Belakang Pendang, Kedah, didakwa menyamar sebagai Syarifah Syakilla dan Chinta Chanduri yang menggunakan gambar perempuan lain untuk melakukan perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.
“Dia menggunakan gambar orang lain dan menyamar sebagai Chinta Chanduri dan Syarifah Syakilla untuk menagih simpati orang kononnya dia janda anak satu, bercerai sebab dipukul suami.
“Selain itu, dia juga mengajak mangsanya bertunang atau berkahwin, seterusnya disuruh diberikan wang agar dapat membeli cincin tunang atau kahwin,” katanya.
Namun, setelah aktivitinya berjaya dibongkar, suspek mendakwa dirinya telah disihir seseorang iaitu dia disihir masuk ke dalam badan seorang lelaki.
Sekiranya dia ingin kembali ke susuk tubuh asal, dia perlu minum sperma orang yang dia suka, dakwa suspek.
“Secara berdepan, saya agak terkejut kerana dia memang pandai buat suara perempuan.
“Mangsa-mangsa dia kebanyakan orang Melayu dan warga asing terutamanya dari Indonesia yang mengalami kerugian wang sebanyak RM7,000 dan RM16,000,” katanya.
Menerusi perkongsian Manna Melynna, seorang lelaki dipercayai mangsa menjelaskan dia ditipu RM7,000 selepas suspek yang menggunakan akaun palsu bernama Syarifah Syakilla berjanji mahu bertunang dengannya.
Dia turut memuat naik resit pemindahan wang bank yang diterima suspek serta gambar suspek bersama seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Manna Melynna menjelaskan, tindakannya memuat naik kejadian tersebut bukan mahu membuka aib tetapi suspek sudah keterlaluan dan juga mahu semua individu yang pernah menjadi mangsa lelaki ini tampil.
Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments