Thursday, 4 May 2017

Hutang RM176 Juta, Johnny Saman Syarikat Pengurusan


PELAKON antarabangsa yang popular dengan filem Pirates of the Caribbean, Johnny Depp memfailkan saman bernilai AS$25 juta (RM110 juta) terhadap The Management Group (TMG), bekas syarikat pengurusannya kerana didakwa cuai dan membuat penyataan palsu.

Menurut portal hiburan antarabangsa, Johnny, 53, turut mendakwa TMG yang dimiliki oleh pasangan adik-beradik Joel Mandel dan Rob Mandel gagal memfailkan cukai pendapatannya tepat pada masanya seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tambah Johnny, syarikat tersebut juga gagal menguruskan kewangannya dengan baik, sehingga menyebabkan dia juga terpaksa menanggung hutang sebanyak AS$40 juta (RM176 juta).

Walau bagaimanapun TMG dalam satu kenyataan pula memberitahu Johnny terpaksa menanggung hutang kerana sikap boros dan kehidupan mewahnya yang diluar kawalan.
“Kehidupan mewah Johnny di luar kawalan dan kos untuk menanggung sikap borosnya adalah AS$2 juta (RM8.8 juta) setiap bulan.

“Memang kami menjaga kewangannya tetapi kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawal perbelanjaannya,” katanya dalam keterangan balas terhadap dakwaan Johnny. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments