Thursday, 11 May 2017

Kuan Chee Heng Kisah Insan Prihatin Luar Biasa


“AKU asal orang miskin. Keluarga aku orang susah jadi aku dapat rasa betapa sukar hidup dalam kemiskinan,” itu luahan Kuan Chee Heng yang terkenal dengan sikap suka bantu orang kesusahan.

Ahli perniagaan berusia 54 tahun ini menjadi tumpuan selepas banyak membantu mereka yang dalam kesukaran terutamanya di sekitar kawasan Puchong, Selangor.

Bagi anak jati Kampung Bukit Chermai, Batu Pahat, Johor ini, bantuan yang dihulurkan itu malah tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan keturunan.


Bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan, Chee Heng juga aktif dalam membanteras kes-kes jenayah setempat.

Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia yang ditubuhkan olehnya pernah membantu polis menyelesaikan kes jenayah berat seperti pembunuhan, rogol, gangsterisme dan penipuan melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.


Dalam melakukan kebaikan, ada juga cabaran yang terpaksa dihadapi apabila menerima ugutan berbentuk dihantar peluru daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai kisah suka duka dikongsikan Chee Heng dalam satu temubual eksklusif bersama penulis Syahril Kadir baru-baru ini.

Pembaca dapat menjadikan kisah hidup insan ini sebagai inpirasi yang sedia membantu sesiapa sahaja apabila diperlukan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments