Tuesday, 16 May 2017

Kanak-Kanak Menangis Dan Berpeluh Darah


INI yang dinamakan menangis air mata darah. Jika dulu kita tidak mungkin menemuinya, tapi kini seorang kanak-kanak, Phakamad Sangchai telah mengejutkan ramai apabila dia mula menangis air mata darah sejak enam bulan lepas.

Phakamad, 7, yang berasal dari Nongkghai, Thailand, telah mendapatkan rawatan di hospital namun ia gagal menyembuhkan keadaannya itu.

Bukan sahaja dia menangis air mata darah malah darah akan turut keluar menerusi hidung dan kulitnya setiap kali dia sakit kepala.

“Saya tidak mahu jadi terkenal, saya Cuma mahu orang tolong sembuhkan penyakit misteri ni. Saya takut ia jadi semakin teruk,’’ kata Phakamad.

Menurut ibunya, Nipaporn Khantain, doktor sendiri tidak pasti 100 peratus penyakit yang dialami anaknya namun dalam carian yang dilakukan melalui internet, wanita itu mendapati keadaan berkenaan dikaitkan dengan Hematohidrosis.

Nipaporn bagaimanapun masih menunggu jawapan doktor sama ada benar anaknya menghidap Hematohidrosis.

“Walaupun berkeadaan demikian, anak saya masih merupakan kanak-kanak yang gembira dan tetap senyum. Dia memang seorang gadis yang berani,’’ katanya.

Hematohidrosis hanya berlaku dalam satu daripada 10 juta orang. Setakat ini tiada ubat bagi mengatasinya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments