Wednesday 17 May 2017

Ibu Awet Muda Disangka Kekasih Anak Sendiri


LIU Yelin mula bekerja pada 1985 ketika berusia 17 tahun. Kini selepas tiga dekad, Liu yang sudah bersara, tetap kelihatan sama malah wajahnya tidak menampakkan sebarang perubahan.

Dengan wajah yang berseri tanpa sedikit pun kedutan dan badan yang solid, Liu, yang dilahirkan di Xinyang, China, telah mengejutkan ramai tatkala dia memberitahu usianya sudah mencecah hampir mencecah 50 tahun.



“Ramai yang terkejut apabila mereka tahu saya hampir 50 tahun. Ketika saya membeli belah, saya sering ditanya oleh orang ramai yang ingin mengetahui rahsia saya,’’ katanya yang dilahirkan pada 1968.

Disebabkan awet muda, ramai yang tersalah sangka bahawa anak lelakinya yang berusia 22 tahun sebagai kekasihnya.



Malah ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan anaknya, ramai yang bertanya sama dia merupakan kekasih anaknya.

Walaupun Liu sering menyapu minyak zaitun ke badannya namun dia jarang menggunakan alat solek sebaliknya dia menganggap kegilaannya kepada aktiviti lasak menyumbang kepada wajah yang kelihatan muda.


“Saya berenang di tasik dan melakukan latihan angkat berat setiap hari,” katanya yang gemar berenang di dalam air sejuk terutama pada musim sejuk. – Mynewshub.cc

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments