Wednesday 17 May 2017

Anjing Selamatkan Bayi Ditanam Hidup-Hidup


SEEKOR anjing di China dianggap sebagai hero selepas berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi baru lahir yang ditanam secara hidup-hidup di sebuah hutan berdekatan Wutan.

Bayi itu ditemui selepas pemilik anjing berkenaan, Yang Jiali, melihat haiwan peliharaannya mengali tanah di dalam hutan secara tiba-tiba.

Saat ditemukan, bayi lelaki itu dikatakan dibungkus dalam kain putih sementara mulutnya penuh dengan tanah.


Bayi malang itu kemudian dibawa ke sebuah hospital untuk menerima rawatan.

Memetik laporan media tempatan, saat dibawa ke hospital pada 6 Mei lalu, bayi itu kelihatan pucat dan masih bernafas namun denyut jantungnya semakin lemah.

Difahamkan, kondisi kesihatan bayi itu kini semakin menunjukkan perkembangan yang baik.

Pihak polis kini sedang berusaha mencari ibu bapa bayi malang berkenaan dan individu yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments