Thursday 18 May 2017

David Teo Ditampar Ketika Live Depan PM Najib Razak


PUTRAJAYA – Sesi Perdana Menteri bersama selebriti dalam program Transformasi Nasional 2050 di Seri Perdana kecoh seketika apabila David Teo telah ditampar oleh Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over.

Lebih menggamatkan suasana apabila tindakan spontan pelakon veteran tersebut dilakukan sendiri di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malay Mail Online, kejadian bermula apabila Pengarah dan pemilik syarikat Metrowealth Production itu, bertindak biadab merampas pembesar suara daripada moderator program, Datuk Rosyam Nor.

Tindakan kurang ajar David itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap.

Gaya keterlaluan David itu umpama aksi lagak ‘Cina mabuk’ turut mengundang kemarahan daripada sebahagian besar hadirin.

Mat Over yang nyata amat tidak senang dengan sikap pengarah filem itu kemudian meluru ke hadapan, berlalu di sebelah Najib dan terus menampar David.

David dilihat cuba membalas tetapi pasukan keselamatan bertindak pantas dengan meleraikan kedua-dua mereka.

David dan juga Mat Over kemudiannya dibawa keluar oleh pengawal keselamatan setelah keadaan menjadi semakin tegang.

Namun, difahamkan kedua-dua mereka kemudiannya telah kembali ke pentas utama dan bermaaf-maafan.

Najib yang nyata berjiwa besar juga dilihat memeluk kedua-dua pihak termasuk memaafkan David.



Kami kongsikan bersama anda video pendek yang sempat dirakam di tempat kejadian. – Superkiram.net/Mynewshub.cc

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments