Thursday 18 May 2017

Anak Orang Kaya Guna Anjing Kilatkan Kereta Mewah


INILAH namanya kaya tapi tak berakal.

Kumpulan Rich Kids of London telah mencetuskan kemarahan ramai terutama pencinta haiwan apabila memuatnaik gambar salah seorang ahli kumpulan itu menggunakan anak anjing untuk mengilatkan kereta mewah Maserati MC12.

Alasan yang diberikan ialah penggunaan 100 peratus bulu anak anjing yang sebenar akan mengilatkan lagi kenderaan terbabit.

Meskipun tidak lama kemudian pengasas kumpulan itu memberitahu gambar yang dimuatnaik dalam instagram kumpulan itu hanyalah satu gurauan dan tiada binatang yang cedera namun aktivis tidak boleh menerimanya.

Ini kerana ia merupakan satu guarauan kasar dan menganiaya anak anjing yang tidak berdosa itu.

Malah ramai pengikut Instagram kumpulan itu tidak percaya dengan penjelasan yang diberikan.

Kereta Maserati MC12 dianggarkan bernilai RM2.8 juta dan nilainya semakin meningkat dari masa ke semasa kerana hanya 50 buah Maserati MC12 dihasilkan antara 2004 dan 2005.

Manakala akaun Instagram Rich Kids of London diwujudkan oleh seorang broker hartanah berusia 24 tahun untuk pelanggannya yang kaya raya bagi membolehkan mereka menunjukkan kekayaan masing-masing.

Mereka pernah memuatnaik gambar membakar kereta G Wagen berharga lebih RM400,000 serta membuang jam Rolex berharga RM44,000 ke dalam lubang tandas dan mengepamnya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments