Monday, 1 May 2017

Adik mohon viralkan kakak hingga jumpa..


"Kami cukup bersabar selama ini.. kami berusaha mencari dimana keberadaan kau, sampailah anak kau meninggal hari ini.. barulah tiba-tiba dapat dikesan, itupun sekejap saja sebelum kau 'block' kami.." Luah Jobeih Obie kepada kakak kandungnya.

Menurut Jobeih, kakak kandungnya telah setahun menghilangkan diri bersama seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya. Bukan sahaja perihal keluarga, malah anak kandungnya sendiri tidak dipeduli hinggalah si anak meninggal dunia hari ini.

Pelbagai cara telah dilakukan keluarga Jobeih untuk mengesan keberadaan kakaknya namun semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya si adik terpaksa menggunakan kuasa media sosial walaupun tindakannya ini dianggap sebilangan netizen sebagai mengaibkan kakaknya sendiri.
Post tersebut telah dikongsi sebanyak 4.1k sebelum dipadam oleh pemilik FB. Bagaimanapun, dalam post terbaru, Jobeih Obie terus menggesa orang ramai yang mengenali kakaknya supaya menasihatkan beliau agar balik ke kampung untuk melihat anak bongsunya buat kali terakhir.

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments