Seorang remaja wanita hampir buta sebelah mata akibat terkena puntung rokok yang di buang merata oleh pengendara motor lelaki tidak dikenali.
Gadis yang tidak didedahkan identintinya itu menceritakan kejadian, katanya ketika itu ia dalam perjalanan menuju sekolah menaiki motor.
Dihadapannya terdapat seorang lelaki yang mengendarai motor sambil menghisap rokok, tanpa sembarang amaran lelaki berkenan membuang puntung rokok yang kemudian terkena pada bagian matanya.
Ia kemudian berhenti cuba menggosok gosok matanya, namun rasa pedih tak hilang hingga ia dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya yang dimaklumkan melalui panggilan Talipon.
Setelah diperiksa, doktor berkata nasib baik api puntung rokok tidak mengenai matanya, hanya terkena bagian kulit luar sahaja, namun habuk panas yang terkena matanya membuat mangsa terpaksa ditahan di Hospital selama 2 hari.
Bagaimanapun kisah gadis ini telah di muat naik dilaman media sosial dan menjadi perbincangan ramai natizen, sesetengah dari mereka juga pernah mengalami hal yang sama dan tidak menafikan ramai pengguna motorsikal yang menghisap rokok tanpa mementingkan keselamatan orang lain. - Eberita
No comments:
Write comments