Tuesday 7 March 2017

Polis tidak terima laporan PTI koma dibelasah gadis karate


KOTA KINABALU: Polis Bandaraya Kota Kinabalu menafikan kes cubaan rogol dan samun seorang Atlet Sabah oleh dua orang Pendarang Tanpa Izin (PTI) yang menjadi tular (viral) sejak semalam. 

Menurut Ketua Polis Daeraah ACP M.Chandra, tidak ada sebarang laporan polis di buat samada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu atau Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang atau mana-mana Balai Polis.

“Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian seorang gadis membelasah dua orang PTI sehingga koma seperti yang diviralkan, ”katanya dalam satu kenyataan kepada media. 

Beliau turut menyeru orang ramai agar mendapatkan pengesahan sesuatu berita semada benar atau sebaliknya daripada pihak polis dan tidak menyebarkan sesuatu berita belum disahkan oleh pihak berwajib / berkuasa./Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments