SEORANG wanita telah membakar dirinya sendiri kerana berang dengan tindakan suaminya yang melarangnya daripada memandu dalam keadaan mabuk untuk pulang ke rumah mereka.
Kejadian itu mengakibatkan Kim, melecur di muka dan belakang serta terpaksa dikejarkan ke hospital Gangneung di Korea Selatan.
Mengikut laporan media, ketika itu Kim dan suaminya, Choi, berada di sebuah pusat infrastruktur apabila mereka sedang minum. Kim kemudiannya mahu memandu pulang ke rumah namun dihalang oleh suaminya.
Lelaki itu telah merampas kunci kereta dan mendesak Kim supaya menaiki teksi.
Kim yang tidak dapat mengawal kemarahannya telah mengambil minyak yang ada di pusat itu lalu dicurahkan ke badannya dan turut menyalakan api.
Nasib baik suaminya berjaya memadamkan api, namun Kim melecur dan sofa di situ turut terbakar.
Kes itu kini disiasat polis. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments