ANGKARA cemburu buta, seorang ibu muda menjadi mangsa selepas didera oleh suami dan bapa mentuanya dengan menggunakan penyepit panas.
Ibu berkenaan, Jhamku, 22, telah dihukum dengan sedemikian rupa hanya kerana dia menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.
Suaminya, Bhagga Gameti, dan bapa mertuanya, Lehri Lal, yang marah telah menuduhnya berlaku curang. Mereka kemudiannya memukul Jhamku sebelum menggunakan penyepit panas di kaki, muka, dada dan alat sulitnya, di rumah mereka di Udaipur, India.
Wanita itu yang mempunyai seorang anak kecil, tidak mampu melawan. Penderaan itu berlaku selama dua jam sebelum penduduk kampung masuk campur.
Suaminya telah melarikan diri apabila penduduk datang ke rumah mereka. Dia hanya ditangkap beberapa hari lepas oleh polis. Pihak berkuasa kini sedang memburu bapa mertua Jhamku.
Jhamku telah dihantar pulang ke rumah ibu bapanya dan dia kini menerima rawatan di rumahnya. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments