GARA-gara miang menghantar gambar swafotonya (selfie) dalam keadaan separuh bogel kepada salah seorang pelajarnya, seorang guru dari Connecticut, Amerika Syarikat telah dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun, baru-baru ini.
Allison Marchese, 39, dipercayai menghantar gambar dan teks lucah kepada pelajarnya yang berusia 14 tahun sebelum perbuatannya itu dilaporkan ke pihak pengurusan sekolah.
Sementara itu, dalam hujah pembelaannya, Allison yang sudah berkahwin dan mempunyai suami yang bekerja di sekolah yang sama menjelaskan gambar selfie yang diambilnya itu sebenarnya adalah untuk suaminya sebelum tersalah hantar kepada pelajar berkenaan.
Susulan jenayah seksual itu, Allison telah digantung perkhidmatan sejak Januari lalu.
Kecewa dengan perbuatan isterinya, suami Allison dikhabarkan telah menuntut penceraian daripada wanita tersebut. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments