Monday 6 March 2017

Abang Ipar ‘Serang’ Aqasha Dan Rita Rudaini


KONTROVERSI pergolakan rumah tangga Aqasha nampaknya masih belum berkesudahan apabila baru-baru ini abang ipar Aqasha ada mengeluarkan sebuah status ‘menyerang’ pelakon dan penyanyi berkenaan.

Dalam status itu, abang kepada isteri Aqasha yang dikenali sebagai Yusri Sabri menulis di Facebooknya, “Apa la ko ni, Aqasha. Ko bukan tak tahu si Rita tu pernah ada krisis tuntutan nafkah dengan bekas suami dia. Bermakna dia perlukan bakal suami yang mampu. U know what is mampu?”

“Dan si Rita tu pun satu. Dengan bekas suami pemain bola sepak pun ko tak boleh survive ini kan pula Aqasha yang berlakon pun macam tangkap muat. Fikirlah dulu, Aqasha. Mampukah ko nak pakai kereta Ferrari? Maintainance kereta proton pun ala kadar. Kena beringat, adik aku masih ada abang. Ok. Peace,” tulis abang kepada Baizura Sabri, isteri Aqasha.


Sebelum ini, Baizura ada memuat naik status mendakwa rumah tangganya bergolak disebabkan kehadiran insan ketiga, malah Baizura turut memberikan bayangan wanita tersebut pernah berkahwin dua kali dan berusia 40-an.

Walau bagaimanapun, Baizura telah pun memadamkan posting berkenaan selepas ia menjadi bualan hangat ramai pihak.

Banyak pihak mendakwa individu yang dimaksudkan Baizura ialah aktres Rita Rudaini.

Menerusi pemerhatian di laman Instagram Rita dan Aqasha, kedua-duanya masih diam membisu mengenai isu hangat mengaitkan mereka yang mula tular sejak beberapa hari lalu.

Aqasha dan Rita dikatakan mula rapat sejak berlakon dalam drama bersiri terbaharu, Misi Laksa dan Laksam. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments