SEORANG remaja lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang gadis berusia 13 tahun di Sibu, Sarawak.
Suspek yang berusia 16 tahun itu ditahan Selasa lalu selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa apabila menyedari anaknya hamil.
Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 57 tahun itu menyedari anaknya hamil selepas membawa mangsa ke sebuah poliklinik di Jalan Oya, Sibu Isnin lalu untuk pemeriksaan kesihatan.
Alangkah terkejutnya buruh binaan itu apabila doktor mengesahkan kandungan anaknya sudah berusia 31 minggu.
Susulan kejadian itu, siasatan polis berjaya menahan suspek malam Selasa lalu dan kini ditahan reman untuk siasatan.
Pemeriksaan mendapati suspek tidak bersekolah dan merupakan seorang penganggur.
Difahamkan, suspek mengaku telah meniduri mangsa atas alasan suka sama suka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments