Wednesday, 9 August 2017

Isu Ateis: Apa Tindakan Pihak Berkuasa Agama


SHARIFAH Farlearton, Hazim Ismail, Lina Joy dan Aisyah Bokhari antara yang bertindak murtad. Hujah mereka, perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak sama rata serta perkara 11, kebebasan beragama.

Murtad satu kesalahan jenayah dalam undang-undang syariah di negara ini. Pesalah murtad boleh dipenjara atau dihantar ke pusat pemulihan akidah.

Keputusan hakim Tun Salleh Abbas dalam kes Che Omar Che Soh, dengan memberi justifikasi bahawa Islam hanya terbatas dalam urusan adat dan upacara rasmi sahaja, digunakan untuk mempertahankan hak keluar Islam.

Kelemahan sistem perundangan Islam negara ini yang tidak seragam antara negeri, menyukarkan usaha penguatkuasaan dan pencegahan murtad.

Minggu lalu, gempar apabila FB Atheis Republic menyiarkan secara terbuka kenyataan kewujudan mereka. Malah, memaparkan wajah-wajah Melayu sebagai pengikut fahaman anti Tuhan itu.

Malah, organisasi atheis berpusat di Kanada itu turut menyifatkan, hukuman murtad menjejaskan imej Malaysia sebagai negara moderat yang sekular.

Menurut pandangan pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik, hukuman bunuh terhadap pesalah murtad adalah salah.

Hujah Dr. Zakir, tiada ayat Al-Quran yang menyatakan sedemikian dan tiada sebarang sunnah yang mewajibkan hukuman bunuh terhadap pesalah murtad.

Alasan bunuh katanya, digunakan pihak tertentu menjadikan Islam sebagai agama yang menakut-nakutkan. Malah, dijadikan hujah untuk menanam pandangan benci terhadap Islam.

Punca murtad adalah kurangnya pemahaman terhadap Islam. Tidak hairanlah jika individu yang murtad bertindak menghina agama dan merasa ‘bebas’ dengan keputusan yang diambil.

Biasanya, orang yang murtad akan menerima ancaman bunuh atau kutukan melampau seperti yang dialami oleh Syarifah Farlearton.

Tindakan ini seharusnya dihentikan serta merta. Ia tidak membantu usaha menangani isu murtad.

Dalam meredakan isu ini bukan sahaja pihak berkuasa perlu bertanggung jawab, semua umat Islam ada peranannya.

Namun, sebelum tindakan diambil, elok kita tunggu apa respon pihak berkuasa agama.

#laskarmalaya

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments