SINGAPURA – Seorang lelaki asing berusia 52 tahun dipenjara selama 12 minggu mulai Isnin lalu kerana tergamak mencabul kehormatan amahnya yang berusia 28 tahun, lapor media tempatan.
Menurut stesen Channel NewsAsia, Paul Kwan, seorang warga Kanada yang bekerja di Singapura, memasang satu kamera video kecil di tandas dapur yang hanya digunakan oleh amah tersebut untuk urusan peribadi wanita itu.
Tertuduh dipercayai berjaya merakamkan aksi seksi amah berkenaan ketika hendak menggunakan tandas atau mahu mandi sebanyak tiga kali pada Julai dan Ogos tahun lalu, apabila tiada orang berada di rumahnya.
Kwan bagaimanapun mengaku bersalah ketika dibicarakan di sebuah mahkamah tempatan di sini semalam terhadap dua dakwaan jenayah berkaitan pencabulan kehormatan terhadap wanita asing berkenaan.
Kelibat tubuh badan montok si pembantu rumah tersebut dipercayai dirakamkan dalam keadaan separuh bogel atau langsung telanjang sepenuhnya sebanyak tiga kali iaitu pada 28 dan 29 Julai dan juga 1 Ogos 2016 lalu.
Video-video itu masing-masing selama sekitar enam hingga lebih 17 minit. Setiap kali insiden, Kwan sering sabar menunggu amahnya masuk ke bilik tidur sebelum mengambil kamera tersebut dan memuat turun rakaman itu.
Mengikut undang-undang Singapura, Kwan sebenarnya boleh dihukum penjara sehingga maksimum 18 bulan bagi setiap dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita dan juga didenda. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
No comments:
Write comments