Friday, 12 May 2017

‘Tutup Aurat Peminat Juga Satu Dakwah’ – Haqiem Rusli


PENYANYI baharu, Haqiem Rusli yang menjadi tular tempoh hari kerana tutup aurat peminat dengan edit gambar sebelum dikongsi di media sosial menafikan tindakannya itu adalah kerana dirinya ingin meraih populariti.

Sebaliknya, penyanyi berusia 19 tahun ini memberitahu, dia melakukan perbuatannya itu kerana ingin berdakwah selain tidak mahu mendapat dosa.

“Selalunya, saya kongsi gambar peminat akan dapat beribu-ribu likes. Jadi, berpuluh ribu pengikut yang tengok aurat itu, saya yang dapat dosa.

“Media sosial ini sebenarnya sarang dosa. Jadi lebih baik saya tutup aurat peminat yang nampak dalam gambar saya. Saya pun tak dapat dosa.

“Perkara ini juga merupakan satu dakwah dan boleh buka minda remaja seperti saya untuk lebih berjaga-jaga tentang dosa,” katanya yang ditemui Mynewshub pada majlis fashion show Fenomena Aidilfitri 2017, di Kuala Lumpur, semalam.



Sementara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Segalanya ini akui dia mengamalkan prinsip tidak bersentuhan dengan peminat perempuan.

“Saya kalau peminat nak salam, saya letak tangan kat dada dan saya tunduk. Alhamdulilah mereka faham.

“Saya juga tidak kisah pandangan orang terhadap saya. Janji saya buat benda baik,”katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Haqiem baharu sahaja melancarkan lagu single keduanya yang berjudul Tergantung Sepi di Youtube dan telah pun mendapat tontonan lebih 3.6 juta pendengar. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments