Thursday, 11 May 2017

Mamah Kaki Sendiri Untuk Terus Hidup


KEAZAMAN seekor anjing jalanan untuk meneruskan hidup hingga melakukan perkara di luar batasan sememangnya menyentuh hati ramai netizen.

Treya yang merupakan anjing ditinggalkan di sebuah rumah sewa di Missouri, Amerika Syarikat memamah kaki sendiri untuk melepaskan diri daripada dirantai selepas pemiliknya dipercayai mati dibunuh lima tahun lalu.

Menurut Daily Mail, Treya yang dirantai selama lima tahun di bawah dek sebuah rumah yang ditinggalkan di St. Louis diberi makan dan minum oleh jiran yang tinggal berhampiran rumah berkenaan.


Bagaimanapun, pada awal tahun ini, rantai yang membelenggu kaki Treya semakin ketat menyebabkan anjing malang itu mengalami kecederaan.

Mungkin tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, Treya memamah kaki yang dirantai itu semata-mata untuk melepaskan diri.

Jiran yang melihat kejadian itu kemudiannya bertindak menghubungi rumah perlindungan haiwan untuk menyelamatkan Treya.

Pekerja rumah kebajikan haiwan yang menemui Treya, Randy Grim berkata, selain mengalami kecederaan di kaki, Treya turut mengalami masalah jangkitan kulit dan juga masalah cacing.

Treya bagaimanapun diselamatkan dan dipulihkan sebelum diambil oleh keluarga angkat untuk dipelihara. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments