MANILA: Pernah heboh kisah si isteri di Ghaziabad, Uttar Pradesh, India, Rita Yadaz, 28, sanggup memotong kemaluan suaminya dengan pisau.
Tindakan nekadnya itu diambil atas alasan, niatnya untuk memiliki anak ditolak oleh suaminya, Ved Prakash, pemandu teksi.
Pasangan suami isteri di Ghaziabad, India itu sudah berkahwin lebih 10 tahun, tetapi kerap bertengkar kerana si suami enggan menjamah isterinya bagi mendapatkan zuriat.
Sebaliknya suaminya hanya mahu mengadakan hubungan seks dengan orang lain.
Kini, kisah yang hampir sama berlaku di Iloilo City, Manila.
Si isteri bernama Leizel tidak tahan lagi dengan perangai buaya suaminya, Mark Betita, 33 yang kaki perempuan.
Leizel nekad memotong kemaluan suaminya dengan gunting dan mahu memberi pengajaran kepadanya.
Leisel menggunting kemaluan suaminya ketika dia sedang tidur dalam keadaan mabuk di rumah mereka di bandar Carles, 22 April lepas.
Memetik Sinar Harian yang mengutip inquirer.net, Leisel ditahan di balai polis, sementara menunggu perbicaraan.
“Saya tidak menyesal kerana memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya kerana kaki perempuan.
“Saya sedia berdepan apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini,” ujar Liezel.
Liezel berkata, dia bosan dengan sikap kaki perempuan suaminya yang turut mempunyai teman wanita baharu.
Liezel mendakwa kekasih baharu suaminya itu merupakan isteri kepada rakan sekerjanya sendiri.
Namun, Mark menafikan dakwaan isterinya.
Selepas “burung” dipotong isterinya, mangsa dikejarkan ke hospital, namun doktor gagal menyambung semula zakarnya itu. – Sarawakvoice
No comments:
Write comments