MASALAH kekurangan tempat letak kenderaan sememangnya amat melecehkan khususnya buat pengguna di kawasan pusat bandar.
Bagaimanapun, seorang lelaki di Jinhua, wilayah Zhijiang, China baru-baru ini melakukan perkara yang agak di luar jangkaan di mana menurutnya dapat menyelesaikan permasalahan itu.
Lapor South China Morning Post, lelaki itu dikatakan bertindak melukis sendiri petak garisan parkir dengan kapur dan pada masa sama berniat untuk menggelak daripada dikenakan saman daripada pihak berkuasa.
Namun sepandai-pandai tupai melompat, tindakannya itu bagaimanapun disedari polis trafik yang melakukan rondaan di kawasan itu.
Menurut polis, garisan parkir yang dilukis lelaki itu agak mudah dikesan disebabkan ia kelihatan lebih halus dan serba tidak lengkap jika dibandingkan dengan petak parkir yang disediakan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu turut mendedahkan perbuatannya itu sebelum meletakkan kenderaanya di kawasan berkenaan selama beberapa hari.
Difahamkan, lelaki itu berkemungkinan bakal didenda antara 500 hingga 5,000 yuan atau bersamaan RM320 hingga RM3,200. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments