Satu video tular mengenai kes rompakan terhadap tiga wanita yang berlaku baru-baru ini di dalam bas mini di Jakarta Timur benar-benar seperti filem action.
Apatah lagi salah seorang mangsa wanita yang menjadi sasaran adalah ibu dan bayi yang masih kecil.
Menurut sumber, suspek Yang dikenali sebagai Hermawan 28, meletakkan pisau di leher mangsa hingga tiada siapa yang berani menyelamatkan mangsa yang dikenai sebagai Ibu Risma dan bayinya.
Menurut sumber, suspek Yang dikenali sebagai Hermawan 28, meletakkan pisau di leher mangsa hingga tiada siapa yang berani menyelamatkan mangsa yang dikenai sebagai Ibu Risma dan bayinya.
Kejadian itu bermula apabila Hermawan cuba merompak tiga penumpang bas mini dengan mengacukan pisau.
Kata saksi, Hermawan mengugut akan menikam mangsa jika wang dan telefon bimbit tidak diserahkan dengan segera.
Salah seorang mangsa (Isnawati), enggan mengikut arahan suspek dan berteriak hingga menarik perhatian orang ramai.
Ketika keadaan menjadi kalam-kabut, dua orang mangsa berjaya melarikan diri apabila melihat suspek hilang tumpuan kerana panik.
Keadaan semakin tegang apabila suspek meletakkan pisau di leher Risma dan bayinya Dafa Ibnu Hafiz.
Dalam keadaan itu orang ramai tidak mampu berbuat apa-apa hingga anggota polis sampai ke lokasi. Sementara itu, Risma hanya terdiam ketakutan sambil memeluk anak lelakinya dengan kuat.
Pihak polis yang tiba tidak lama kemudian cuba menenangkan suspek, namun anggota polis terpaksa mengambil keputusan menembak tangan suspek apabila usaha memujuk yang berlangsung agak lama hanya disambut dengan cacian dan makian dari suspek.
Sunaryanto, iaitu anggota polis yang melepaskan tembakan lega apabila Risma dan bayinya tidak terkena tembakan. Hanya terdapat sedikit kecederaan pada leher mangsa akibat terkena pisau.
"Ini perkara gila yang pernah berlaku sepanjang saya bekerja sebagai anggota polis, keputusan cepat dan berani harus cepat dibuat, kalau tidak ada risiko yang tidak bagus." katanya memberikan penjelasan berkaitan kes tersebut. - eBerita
No comments:
Write comments