Monday, 17 April 2017

kini, era orang bodoh tampil mencipta sensasi..


INI trend media sosial dalam mempromosi keterbukaan perkongsian karektor. Selain orang kacak dan cantik mendapat tempat, serta dilema orang bijak yang jarang mahu menampilkan diri – kini, era orang bodoh tampil untuk mencipta sensasi media baharu.

Baby Ira antaranya. Tahap IQnya bukan ukuran. Tapi penampilannya dalam dua video sensasi membuktikan: Wanita masa kini sudah bosan menjaja kebijaksanaan. Sudah mual menjaja kecantikan. Kini, wanita mahu menikmati period masa yang lebih sensasi: Menjaja kebodohan sebagai tiket murah menuju populariti.

Mulut Baby Ira kalau ikut bahasa kasar orang utara: “Macam ** ayam!”

Bahasa trendy sekarang menyebutnya: “Ala-ala mulut puaka.”

IQ Baby Ira barangkali jauh melangkaui angka genius 86. Tapi wanita moden yang memakai singlet dan suka berpoyo di media sosial ini, sudah tidak menghargai erti kecerdikan.

Bagi pecandu sensasi: Gelaran pandai hanya untuk seekor tupai yang perlu berhati-hati di atas dahan supaya sentiasa melompat tetapi jangan sampai jatuh.

Selebihnya, bagi pecandu sensasi dan populariti: Hikmah pandai sudah lama pupus untuk wanita seperti Ira.

Sensasi media sosial mencetuskan attention disorder. Satu macam kegilaan untuk menjadi popular dalam apa juga cara.

Paling mudah: Lakukan kehinaan. Kerana kehinaan dalam media sosial kini ialah jalan sensasi untuk menikmati populariti.

“Aku tak suka lelaki telinga capang sebab…semalam masa aku nak balik aku nampak lelaki telinga capang tinggi dah macam sayap kelawar beb.

“And plus aku semak gila tengok lelaki-lelaki telinga capang sebab telinga dia macam sign boat (signboard)!” Kata Baby Ira.
Ini kebijaksaan Baby Ira dalam mencari populariti. Attention Disorder menjadikan media sosial sebagai laman bagi wanita desparado yang dahagakan perhatian.

Satu mitos terkini: Mengapa nasib seekor kucing jalanan yang mengiau lapar, jauh lebih dikasihani, berbanding nasib wanita terbiar seperti Baby Ira.

Justeru perhatian harus diburu, bukan ditunggu.

Baby Ira seperti juga watak-watak sekutunya yang merambu dan berpelesiran di media sosial mencari perhatian, tidak akan memperdulikan celaan dan teguran masyarakat.

Fenomeba attention disorder menjadikan mereka kurang waras untuk mempertimbangkan nilai yang munasabah dalam penampilan perwatakan.

Awas! Pesakit Wad 21 kini ratu dan diva di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments