Monday 6 March 2017

Tommy Page Meninggal Dunia Pada Usia 46 Tahun


PENYANYI dan penulis lagu yang yang popular dengan lagu “I’ll Be Your Everything” pada era 90-an, Tommy Page, meninggal dunia pada usia 46 tahun.

Laman web Billboard.com melaporkan punca kematian Page masih tidak jelas tetapi rakan-rakan rapat kepada penyanyi itu tidak menolak kemungkinan beliau membunuh diri.

Page memulakan kerjaya sebagai artis rakaman untuk Sire Records dan lagu “I’ll Be Your Everything,” mengungguli tangga teratas Billboard 100 pada April 1990. Lagu itu ditulis beliau bersama-sama dengan dengan Jordan Knight dan Danny Wood.

Ketika kematiannya, Page adalah seorang eksekutif di sebuah syarikat rakaman, penerbit majalah Billboard, naib presiden di Pandora dan seorang eksekutif di Village Voice.

Graduan Stern School of Business, Universiti New York itu pernah menjadi eksekutif di Warner Bros Records dan juga pernah menjadi Naib Presiden Kanan di Cumulus Media Inc.

Beliau membantu membentuk kerjaya artis termasuk Michael Buble, Alanis Morissette, Josh Groban dan Green Day.

Page meninggalkan pasangannya Charlie dan tiga anak mereka.

Beberapa artis dalam industri muzik melahirkan rasa dukacita mereka tentang pemergian Page di laman media sosial, termasuk Josh Groban dan penulis lagu Diane Warren. -MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments