SATU Malaysia rasanya sudah mengetahui hubungan mesra yang terjalin antara pelakon Rita Rudaini dengan seorang pengacara Hlive, Donna Muslim.
Dek kerana keakraban mereka bersama, ada yang yang membuat spekulasi konon mereka sedang hangat bercinta.
Pun begitu, sejak kebelakangan ini masing-masing dilihat jarang bertemu mahupun memuat naik gambar bersama.
Tup-tup, heboh baru-baru ini di media sosial netizen menyalahkan aktres wanita sebagai orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangga pelakon Aqasha dengan isterinya, Baizura Sabri.
Bagaimana, Rita masih lagi bertindak mendiam diri dan tidak memberi apa-apa respons terhadap gosip panas yang mengaitkan namanya.
Sementara itu, Donna pula dilihat ada memuatnaikkan gambar ungkapan berbaur sindiran menerusi laman Instagram, semalam.
Ungkapan bergambar itu berbunyi, “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.” Manakala menerusi gambar itu, Donna turut menulis kapsyen #AllahMahaAdil, #JanganPujiSampaiKecewa.
Posting yang dimuat naik Donna itu lantas menimbulkan reaksi ramai pengikutnya dan rata-rata beranggapan ayat pedas itu ditujukan kepada Rita memandangkan kontroversi yang melanda aktres wanita itu kini.
“Pelamin anganku musnah…kuang kuang kuang,” tulis Ghaz156
“Saya rasa awak tak sepatutnya upload gambar ni seolah-olah awak sengaja mengejek kak RR @ritrud727,” tulis Ctqalesha.
“Cepat atau lambat Allah pasti tunjuk kebenaran.. Siapa makan cili dia yg terasa pedas,” tulis Reve_Artistic77.
Apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan Rita berhubung kontroversi yang melandanya kini.
Terdahulu, isteri Aqasha mendakwa rumah tangganya diganggu orang ketiga yang merupakan seorang wanita berusia 40-an dan pernah berkahwin dua kali. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments