LUMRAH jadi selebriti, usaflah cantik dan popular, kisah cinta walaupun sudah lama berlalu pasti ingin diimbas kembali oleh peminat.
Itulah yang dihadapi oleh pengacara dan usahawan Neelofa atau Lofa,28, yang sering diajukan soalan mengenai pendapatnya tentang berita pertunangan dan perkahwinan bekas kekasihnya Datuk Hans Isaac.
Menurut heroin drama Suri Hati Mr Pilot ini, dia telah dimaklumkan dua bulan sebelum lelaki itu merancang untuk melamar kekasihnya.
“Dia telah memberitahu saya tentang hasratnya untuk berkahwin sejak November tahun lalu lagi,” kata Lofa semasa sidang media perasmian butik kedua Naelofar Hijab di pusat membeli-belah Publika, di sini, semalam (Rabu).
Menurut Lofa lagi, sebagai kawan yang sudah mengenali satu sama lain selama lima tahun lebih,dia amat gembira dengan keputusan Hans itu.
“Saya betul-betul hendak dia gembira kerana dia layak untuk gembira dan saya juga gembira dengannya.”
Tambah Lofa lagi, meskipun tiada lagi cinta antara mereka, merek masih lagi berhubung dan masih berkawan baik sehingga kini.
Sebelum ini, Lofa dilaporkan bercinta dengan Hans selama dua tahun namun hubungan itu tidak berkekalan dan mereka mengambil keputusan untuk putus cinta pada Februari 2014.
Hans,46, telah mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan Aileen Gabriella Robinson, 28, pada 29 Julai ini selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.
Apabila ditanya tentang bakal isteri Hans, Lofa tidak mahu menjawabnya kerana dia tidak mengenali wanita itu, namun tidak menolak sekiranya dia dijemput ke majlis perkahwinan mereka nanti.-MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments