Zhengzhou: Gambar wanita warga emas duduk dalam but kereta yang terbuka dipandu anak lelakinya melalui jalan di daerah ini tular kelmarin sehingga mengundang kecaman netizen di China.
Bagaimanapun, anak lelaki wanita itu, Li, tampil menjernihkan suasana dengan memaklumkan hal sebenar mengapa ibunya duduk dalam but.
Li berkata, dia bukan sengaja menyuruh ibunya duduk dalam but kerana itu kehendak ibunya.
“Kami ke restoran makan malam keluarga. Apabila hendak pulang ada yang hendak tumpang.
“Kereta tak muat, jadi saya minta ibu tunggu di restoran dan saya akan ambilnya semula.
Bagaimanapun, ibu kata dia boleh duduk dalam but, lagipun rumah kami dekat saja,” katanya.
Menurut Li, apa yang dilakukannya mengikut kehendak ibunya dan berharap tidak lagi dikecam.
Sementara itu, ibu Li terkilan anaknya dikecam netizen yang tidak mengetahui hal yang sebenar. Katanya, Li anak yang baik dan tidak menganiayanya. – Agensi/HMetro
No comments:
Write comments