Tuesday 7 March 2017

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Berjaya Tangkap Pokemon Langka


Seorang lelaki warga Singapura meninggal dunia selepas berjaya menangkap seekor pokemon langka (rare) dalam kejadian di Marina Bay Sands di sini.

Menurut RocketNews, lelaki yang berusia 67 tahun itu sudah lama memburu pokemon yang dikenali sebagai Lapras itu.

Kata laporan lagi, lelaki berkenaan diserang sakit jantung sejurus selepas berjaya menangkap pokemon terbabit.

Lelaki berkenaan di bawa ke Singapore General Hospital namun meninggal dunia sebelum sempat tiba.

Isteri mangsa berkata suaminya itu merupakan peminat Pokemon GO sejak hari ia dikeluarkan dan dia berjaya mengumpul 200 jenis spesis pokemon serta berjaya berada di level 28 di permainan terbabit.

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments